Translate

Monday, October 8, 2018

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

Apa itu STAM?

STAM ialah singkatan daripada Sijil Tinggi Agama Malaysia.Suatu peperiksaan untuk pelajar Tingkatan Enam Bawah di Malaysia.Boleh dikatakan setaraf dengan STPM.


Siapa yang layak mengambil STAM?

Pelajar yang telah menduduki peperiksaan SPM


Berapa lama belajar STAM?

Ada sekolah yang belajar STAM dalam tempoh setahun.Ada juga yang mengambil masa setahun setengah.


 Apakah subjek STAM?

STAM ada 10 subjek iaitu:


1.HIFZ ALQURAN DAN TAJWID

2.FIQH
3.TAUHID DAN MANTIQ
4.TAFSIR DAN ULUMUHU
5.HADITH DAN MUSTOLAH
6.NAHU DAN SARF
7.INSYA’ DAN MUTALAAH
8.ADAB DAN NUSUS
9.’ARUDH DAN QAFIYAH
10.BALAGHAH


Apakah bidang yang ada dalam subjek STAM?


10 subjek STAM merangkumi tiga bidang:i.Bahasa Arab (Balaghah,Nahu soraf,Arudh Qafiyah,Adab Nusus,Insya mutolaah)ii.Syariah(Fiqh)iii.Usuluddin(Alquran tajwid,Tauhid mantiq,Hadis mustolah,Tafsir ulumuhu)



Apakah gred markah STAM/pangkat sijil STAM?

i.Mumtaz (Cemerlang) = A

ii.Jayyid Jiddan (Sangat Baik) = B

iii.Jayyid (Baik) = C

iv.Maqbul (Lulus) = D dan E

v.Rasib (Gagal) = F


Apakah kelebihan belajar STAM?

-Dapat mempelajari tiga bidang utama dalam islam iaitu ushuluddin,syariah dan Bahasa arab
-setaraf dengan STPM dan diploma
-selepas tamat STAM,boleh terus menyambung ijazah sarjana muda di IPTA,IPTS dan belajar di luar negara seperti Mesir,Jordan dan Turki.
-Yuran dan kos pengajian yang murah (sama seperti yuran sekolah)
-Masih berpeluang memakai uniform sekolah (bagi yang masih rindu untuk bersekolah)

Apakah kekurangan ambil STAM?


-Semua subjek harus dihafal

-Gagal satu subjek dikira gagal secara keseluruhan,
Sebagai contoh;
9 subjek mendapat pangkat MUMTAZ dan satu subjek sahaja yang RASIB(Gagal) maka pangkat keseluruhan pelajar tersebut ialah RASIB(GAGAL)

-Pelajar yang gagal harus repeat paper yang gagal itu dan dia tidak diberikan sijil STAM,hanya slip penyata yang diterima.

-Markah lulus adalah 40 markah keatas.

-Menggunakan Bahasa arab sebagai medium pembelajaran dan ujian.


Apakah rujukan buku STAM?


Semua subjek mempunyai buku teks yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran Malaysia.Buku teks diambil daripada Maahad Bu’uth Al-Islamiyah Al Azhar,Mesir.

Namun begitu,ada sesetengah sekolah telah mengeluarkan buku berbentuk nota ringkas berpandukan buku teks asal untuk memudahkan para pelajar mempelajari dan memahami subjek STAM.

Bagaimana memahami subjek STAM kerana ianya berbahasa arab?


Buku teks semuanya berbahasa arab dan bahasa arab sahaja yang digunakan ketika menjawab peperiksaan bertulis.Semasa sesi pembelajaran,guru akan menterjemahkan setiap perkataan dan menerangkan pelajaran dengan bahasa yang difahami murid.

Sebagai pelajar STAM,anda mesti mencatat semua terjemahan yang diberikan guru dan bertanya guru dengan segera jika tidak memahami pelajaran tersebut.Pada mulanya mungkin agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan pelajaran berbahasa arab,tapi lama-kelamaan apabila anda faham dan tahu perjalanan subjek itu,anda akan terasa mudah untuk mempelajarinya dan menghafalnya.Insyaa Allah…


Bagaimanakah perjalanan subjek STAM dan apa yang dilakukan sepanjang belajar STAM ?


Pada awalnya sesi pembelajaran berjalan seperti biasa dan biasanya akan nada ujian pengesanan pada bulan Mac(bergantung kepada sekolah) dan seterusnya pelajar STAM akan diberi maklumat berkenaan dengan tugasan atau perjalanan sebagai pelajar STAM antaranya kerja khusus,ujian syafawi dan ujian bertulis

i.KERJA KHUSUS (30%)

-Subjek yang mempunyai kerja khusus hanyalah ADAB DAN NUSUS dan BALAGHAH sahaja.

-Kerja khusus bermula sekitar bulan Mac sehingga Julai

-Terdapat beberapa tajuk yang akan diberikan dan pelajar perlu menulis kerja khusus untuk SATU TAJUK SAHAJA.

-Kerja khusus ditulis dalam Bahasa arab melebihi 1000 patah perkataan.

-Kerja khusus mestilah kemas dan tepat seperti yang dikehendaki untuk mendapat markah yang tinggi.

-Kerja khusus boleh ditulis dengan bantuan komputer atau hand-writing(jika tulisan anda kemas).

-Setelah selesai menyiapkan kerja khusus,pelajar dikehendaki mempersembahkan hasil tugasannya dihadapan pelajar lain (tergantung kreativiti guru masing-masing).

ii.UJIAN SYAFAWI (LISAN) (30%)

-Subjek yang terlibat dengan ujian syafawi ialah subjek HIFZ ALQURAN,HADIS dan MUTOLAAH sahaja

-Biasanya ujian ini dilakukan pada bulan Julai sebelum Peperiksaan Percubaan STAM

-Panel penemuduga didatangkan daripada sekolah yang berbeza atau dengan kata lain bukan guru anda yang akan menyoal anda semasa ujian ini.

-Pelajar akan disoal secara lisan oleh panel berdasarkan buku soalan.

-Bagi subjek HIFZ ALQURAN,soalan syafawi berkisarkan 4 surah yang menjadi hafalan wajib subjek ini iaitu:

>Surah Luqman

>Surah Assajdah

>Surah Saba’

>Surah Fathir

Panel akan menebuk hafalan anda samaada ayat yang ditanya itu berada di permulaan,pertengahan atau akhir surah.

!!! Pastikan anda mengingati keseluruhan ayat dengan baik sebelum ujian syafawi ini supaya anda dapat membaca ayat-ayat Alquran dengan tartil,tenang dan lancar.
-Bagi subjek HADIS,pelajar dikehendaki menghafal 12 hadis yang juga terdapat dalam buku teks.Semasa ujian syafawi,pelajar hanya ditanya 3 hadis sahaja yang mengandungi hadis pendek,sederhana panjang dan panjang.

!!! Pastikan anda sudah menghafal 12 hadis yang diberikan dengan lancar sebelum ujian syafawi bermula.Perhatikan baris hadis,tempat berhenti yang sewajarnya,intonasi bacaan dan sebagainya.

-Bagi subjek MUTOLAAH pula,pelajar dikehendaki membaca petikan teks berbahasa arab tanpa baris dengan nahu yang betul,fasih dan lancar. Seterusnya,pelajar akan ditanya 3 soalan berdasarkan teks yang dibaca sebentar tadi.

!!! Dengar dengan teliti soalan yang ditanya,fahami keyword soalan dan cari jawapan dalam teks tadi.Jika soalan tidak jelas,boleh meminta panel mengulangi soalan.
-Seterusnya,panel akan bertanya serba sedikit tentang diri anda seperti:

“berapa orang adik-beradik anda”,

”berapa tahun umur anda”,

”bagaimana anda ke sekolah”,

”berapakah jarak sekolah dari rumah anda” dan pelbagai soalan lagi.


-Panel akan mengajukan soalan dalam Bahasa arab tentang situasi contohnya:

”Apakah yang anda kata ketika menziarahi rakan anda di hospital”

“Apakah yang anda kata ketika melihat orang kemalangan”

“Apakah yang akan anda lakukan jika melihat buku terjatuh daripada rak buku”

“Apakah yang akan anda lakukan jika melihat rakan-rakan anda bising di dalam kelas/masjid/majlis ilmu” dan pelbagai soalan lagi.



iii.UJIAN TAHRIRI (UJIAN BERTULIS)


-Ujian ini dilakukan secara bertulis pada bulan Oktober


-Ujian yang mempunyai markah terbanyak untuk dikumpul,ujian yang menguji kefahaman dan ingatan para pelajar.


-Jawapan akan ditulis dalam buku jawapan yang disediakan dengan kemas dan teliti serta ikat buku jawapan anda dengan kemas.



                                    --------------------------------------------------

Setelah selesai kesemua ujian,hendaklah perbanyakkan doa dan tawakkal kepada Allah agar dikurniakan kejayaan yang cemerlang.


Kebiasaannya,para pelajar akan mendapat keputusan peperiksaan STAM pada pertengahan bulan Januari.Apabila result diumumkan,pelajar akan mendapat slip penyata dan sijil STAM berbahasa Melayu dan Bahasa Arab.Sijil akan diberikan kepada pelajar yang lulus sahaja. 



SIJIL STAM 


Jadi,berusahalah bersungguh-sungguh.Insyaa Allah, Allah akan membuka jalan yang terbaik untuk kita menggapai kejayaan itu.Berceritalah kepada Allah Yang Maha Memiliki Segala-galanya,Persiapkan diri,Bulatkan hati,Kuatkan azam,Matangkan usaha dan persiapan dan…apabila Allah mengizinkan,KUN FA YAKUN.SEmua yang dikehendaki Allah,maka jadilah…



Semoga penjelasan diatas membawa manfaat kepada kita semua.😄







HikayatSyathir
Pelajar STAM 2017
9 MUMTAZ